Selalu orang bertanya tentang tips untuk berjaya. Tetapi ramai tidak mengambil pelan tindakan (actions plan). Banyak sangat tips yang anda boleh anda daoati di dalam website, buku, artikel dan lain-lain lagi. Saya kongsikan dulu beberapa
1. Segera membalas mesej
Anda perlu pantas membalas mesej daripada pelanggan. Jika terlalu lewat tak mustahil bakal pelanggan akan beralih kepada peniaga lain.
Selain ada yang menggunakan ‘auto reply’, bagi perniagaan yang semakin berkembang akan ada team khas untuk membalas mesej pelanggan.
Jangan takut untuk membesarkan team anda, itu perlu untuk mengembangkan perniagaan.
2. Balas dengan nada mesra
Walau kita tak bertentang mata dengan pelanggan, bukan alasan tidak perlu mesra dengan pelanggan.
Anda perlu melayan pelanggan dengan jauh lebih baik. Hal ini kerana anda tidak tahu dengan siapa anda berurusan.
Tanggapan pertama itu penting untuk buat pelanggan ‘terpikat’ dengan anda, bukan lari!
3. Bina kepercayaan pelanggan
Nak pelanggan tetap membeli dengan anda dan ‘repeat order’? Anda mesti bina kepercayaan ini. Misalnya, penghantaran pantas dan tepat pada waktu. Produk yang ditawarkan memuaskan hati pelanggan. Bukan buat pelanggan kecewa.
Jika berlaku sesuatu yang di luar jangka, tangani dengan bijak sana.
Contohnya, jika barang sampai pada pelanggan pecah. Jadilah peniaga yang bertanggungjawab.
4. Hargai pelanggan setia
Anda boleh follow up pelanggan setia. Contonya bila ada keluaran terbaharu, boleh segera kongsikan dengan mereka.
Sekali sekala anda juga mungkin boleh beri mereka free gift mengikut bajet yang sesuai.
Dalam mahu meraih keuntungan, letakan diri anda sebagai pelanggan. Jika anda mahukan yang terbaik begitu juga dengan pelanggan anda.