Ramai yang menyangkakan, modal besar diperlukan untuk memulakan bisnes. Ini adalah tanggapan salah! Sebenarnya, ada saja bisnes tanpa modal atau dengan modal kecil. Malah bagi mereka yang nak mulakan perniagaan, elakkan mengeluarkan modal besar jika masih tidak ada pengalaman apatah lagi ilmu, sistem dan Mentor yang dapat bimbing untuk lebih cepat capai matlamat dan berjaya.
Kesilapan ramai orang di luar sana apabila semuanya nak cepat, nak buat terus yang besar, nak untung cepat, nak berkembang cepat malah kalau boleh tak nak yang ada risiko pun. Sebab itu, ada mereka yang terpengaruh hingga ‘meleburkan’ duit mereka dalam pelaburan atau bisnes yang tidak sah dalam pelbagai skim penipuan pelaburan & perniagaan.
Lagi teruk, duit yang ‘dileburkan’ merupakan duit simpanan hari tua mereka. Apa akan jadi selepas itu, ada yang terpaksa bekerja semula bagi yang sudah pada umur persaraan dan bagi anak muda duit yang disimpan untuk berkahwin atau membeli rumah dan sebagainya habis begitu saja.
Jadi, untuk mulakan bisnes sebaiknya mulakan ikutlah kemampuan anda. Lebih baik buat persediaan seperti pergi belajar kerana ilmu ini sangat-sangat penting. Tidak kira di mana pun tahap bisnes anda berada.
3 kategori bisnes tanpa modal yang boleh anda pilih
Jangan takut untuk memilih mana-mana bidang yang anda rasakan sesuai. Jika anda tidak memulakan sesuatu, anda akan tetap berada di tahap yang sama. Malah, jika anda melihat pada usahawan berjaya, pasti anda menyedari bahawa mereka juga bermula secara kecilan dan melakukan pelbagai bisnes sebelum menemui bidang yang menguntungkan dan sesuai buat mereka.
1. Bisnes Perkhidmatan Dan Servis
Terdapat banyak bisnes perkhidmatan dan servis yang boleh anda mulakan tanpa modal. Malah, bisnes ini mampu berkembang pesat dan memberi keuntungan berlipat ganda pada anda jika tahu strategi yang sesuai.
Apa yang lebih menarik ialah bisnes ini tidak semestinya memerlukan kelulusan tinggi tetapi hanya ketekunan dan minat anda
2. Bisnes Bakat
Jika anda seorang yang berbakat, apa salahnya anda menjadikan bakat anda sebagai punca pendapatan? Malah, bisnes ini juga boleh dilakukan tanpa modal langsung.
3. Bisnes Online / Digital
Hampir semua bisnes online sebenarnya tanpa modal atau modal yang sedikit. Namun, seperti bisnes lain, anda perlu bijak merancang supaya masa yang anda peruntukkan tidak sia-sia.