Pemasaran digital menjadi satu trend dalam dunia perniagaan masa kini setelah pelaksanaannya. Ini kerana perniagaan secara talian lebih menarik dan kreatif. Cara yang digunakan oleh perniagaan secara atas talian telah terbukti sebagai kaedah yang paling efektif untuk menarik perhatian pelanggan di masa kini.
Banyak kelebihan dalam penggunaan perniagaan digital dimana ramai kalangan usahawan tidak membuat perhitungan untuk membuat pelaburan yang tinggi untuk mengenalkan perniagaan mereka di atas talian (online business)
Banyak kelebihan dalam penggunaan perniagaan digital dimana ramai kalangan usahawan tidak membuat perhitungan untuk membuat pelaburan yang tinggi untuk mengenalkan perniagaan mereka di atas talian
Mereka amat yakin bahawa semakin tinggi kos pelaburan promoso maka semakin banyak pulangan yang bakal dijana. Justeru itu, tidak mustahil kenapa perniagaan digital lebih menjadi pilihan generasi masa kini.
Terdapat pelbagai faktor pendorong keusahawanan digital diantaranya seperti:
1. Promosi produk atau perkhidmatan tanpa sempadan
Dengan hanya menggunakan bajet yang kecil, usahawan dapat menarik bakal pelanggan dari seluruh negara mahupun dunia kerana berpotensi mempromosikan produk ke serata dunia melalui jalur lebar tanpa had.
2. Kepelbagaian pengguna
Pemasaran digital berpeluang memberikan para usahawan mendapatkan data pengguna atau pembeli menerusi pelbagai kaedah serta dapat mengenali para pelanggan dengan lebih tepat. Usahawan digital dapat berkomunikasi dengan pengguna secara wajar dan mengenalpasti golongan pengguna yang ingin disasarkan. Kelebihan perniaga diatas talian ini adalah maklumat dan promosi produk atau perkhidmatan tidak hanya terbatas kepada golongan sasaran sahaja tetapi menyeluruh dan sampai kepada orang ramai.
3. Komunikasi dan maklum balas lebih mudah dan cepat
Pada masa kini, para pengguna berpeluang menilai sendiri untuk menilai sesuatu produk atau perkhidmatan, membeli dan memberi maklum balas secara terus melalui laman sosial sendiri secara tidak langsung mewujudkan komunikasi antara usahawan dalam pemasaan secara digital. Dengan ini para usahawan dapat mengenalpasti pengguna yang berpotensi dan boleh meningkatkan kadar pengikut yang lain untuk melawat produk dan perkhidmatan yang dipromosikan. Ini amatla membantu pengguna dan usahawan mendapat maklmum balas secara mudah dan lebih pantas