Landskap keusahawanan digital sentiasa berubah dari masa ke semasa ditambah lagi dengan perniagaan baru yang muncul setiap hari. Halangan fizikal dan perbatasan pergerakan serta jarak yang berlaku semasa perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pelan Pemulihan Negara (PPN), menyebabkan golongan usahawan menjalankan perniagaan melalui platform digital. Impaknya, terdapat peningkatan kepada perniagaan yang melibatkan industri kecil dan sederhana.
Proses keusahawanan secara dasarnya bermula dengan mengenal pasti peluang perniagaan perniagaan sama ada mencipta, menjumpai dan menyedari peluang yang ada disekitarnya.
Pembaharuan landskap kepada ekonomi digital adalah langkah yang perlu dilakukan oleh kerajaan bagi memulihkan ekonomi negara di pasca pendemic COVID-19 dengan memberi bantuan kepada usahawan mikro dan perniagaan kecil dan sederhana (PKS). Terdapat beberapa inisiatif yang dilakukan kerajaan untuk membantu usahawan dan peniaga yang baru berjinak untuk memulakan perniagaan secara digital seperti MEDAC yang telah menyediakan pelbagai krusus dan program berkenaan pendigitalan perniagaan kepada usahawan yang berminat untuk mengembangkan perniagaan atau bertukar konsep perniagaan mereka kepada platform e-dagang. Agensi seperti SME Corp dan Institusi Koperasi Malaysia (IKM) juga telah menyediakan pelbagai program dan
Kejayaan seorang usahawan dalam bidang perniagaan menjadi dorongan dan sumber inspirasi kepada usahawan lain untuk memajukkan perniagaan masing-masing. Keusahawanan juga boleh menjadi pekerjaan alternafit khususnya kepada graduan lepas universiti, kolej dan golongan anak muda. Ciri-ciri dan sifat keusahawanan seperti kreatif, berani menanggung risiko dan berorentasikan masa depan mampu melahirkan usahawan yang berjaya. Antara faktor yang mendorong para usahawan digital untuk terus kekal dalam perniagaan ialah :
1. Kemudahan Teknologi yang terdapat di seluruh dunia.
Pada masa kini, hampir setiap Kawasan di seluruh dunia dapat mengakses rangkaian internet pada bila-bila masa sahaja. Dengan kemajuan dan maklumat mudah diperolehi di hujung jari, aktiviti perniagaan sesuatu perusahaan dapat dikembangkan berbanding dengan perniagaan manual yang mana hanya duduk di pejabat atau permis perniagaan sambil menunggu barang jualan itu laku. Jika dilihat pada generasi pada masa kini terutamanya golongan muda, mereka lebih gemar dan seronok membeli barangan secara online. Tambahan pula, barangan yang diterima kadangkala jarang didapati di kedai.
2. Keberkesanan Kos
Harga dan kos yang berpatutan menjadi salah satu motivasi seseorang pengunaan menggunakan urusan jual beli secara atas talian. Teknologi membolehkan proses perniagaan dikomputerkan dimana perniagaan dapat pulangan yang lebih tinggi dengan menggunakan peralatan mesin yang moden seperti komputer dan telefon pintar. Penjimatan kos dapat dilakukan daripada pelbagai sudut yang dapat meningkatkan lagi produktivit usahawan dimana mereka dapat berkongsi dan menyebarkan maklumat dengan lebih efisien,
3. Produk dan Perkhidmatan dapat dipromosikan tanya sempadan
Dengan adanya kemudahan internet tanpa had, usahawan berpotensi mempromosi produk atau perkhidmatan mereka ke serata dunia. Tambahan pula, tiada had sempadan untuk mendapat pembeli dari seluruh dunia walaupun