Selamat Tahun BARU 2023. Setiap awai tahun, ramai orang akan mula menilai semula pencapaian bagi setiap sasaran yang telah dibina oleh setiap individu. Persoalannya, berapa ramai mempunyai sasaran yang jelas dan didokumentasikan. Jika ada bekerja di sektor awam dan swasta, sudah pasti ada KPI yang diberikan kepada anda bagi awal tahun dan boss anda akan berbincang dan menentukan kesesuaian KPI tersebut.
Bagi individu, adakah anda mempunyai KPI yang perlu dicapai. Mungkin ada di antara kita menetapkan sasaran yang sangat jelas dan bertulis.
UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN, KITA PERLU BERUSAHA, TABAH HATI DAN BERDAYA TAHAN.
Secara peribadi, saya percaya kita akan mempunyai matlamat hidup yang jelas dan perlu dicapai. Tetapi saya yakin, tidak ramai yang menulis dan meletakkan KPI hidup mereka di tempat tertentu bagi membolehkan anda melihatnya pada setiap hari.
Orang yang berjaya — misalnya Elon Musk, Oprah Winfrey, mendiang Steve Jobs, dan ramai lagi — mereka bermula dengan satu set nilai, sedar akan perkara yang penting bagi mereka, dan membina setiap sesuatu berkaitannya.
Dalam proses itu, mereka belajar menangani sebarang halangan dan sedar bahawa sekiranya badai-badai kehidupan melanda, mereka boleh memilih untuk kembali semula dan terus bergerak maju
Mereka yang berjaya bertubi-tubi mengalami rintangan dan susah payah kehidupan. Tetapi mereka tahu bahawa sementara mereka tidak selalunya dapat mengawal situasi dalam kehidupan, mereka boleh selalu mengawal respons mereka terhadap sesuatu yang berlaku pada sesuatu masa tertentu.
Berdasarkan pemerhatian saya, orang yang berjaya yang pernah saya temui dan temu bual sepanjang lebih 20 tahun ini memeluk lima prinsip utama seperti berikut:
1. Mengakui bahawa anda adalah nakhoda hidup anda — 100%
Masalah dan rintangan pasti berlaku tetapi adalah terpulang kepada anda bagaimana anda menanganinya. Adakah ia berupa alasan untuk menyerah kalah, atau menggunakannya untuk menguatkan azam dan terus maju?
2. Cintai proses lebih daripada visi
Memang hebat — dan perlu — untuk mengetahui hala tuju anda, tetapi jangan terjerat dalam mimpi itu. Mereka yang berjaya hidup dalam momen semasa, dan sedar jika mereka mencintai proses yang dilakukan pada saat ini, setiap sesuatu yang lain akan menjadi.
Matlamat utama kejadian manusia di dunia ini adalah untuk menjadi makhluk yang mengabdikan diri kepada Allah dengan mentaati suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Perkara ini disebutkan al-Quran dalam Surah al-Dzariyat, ayat 56 yang bermaksud: “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada Ku”.
3. Sedari batas keupayaan anda
Ini adalah prinsip utama kerana ia mendesak anda untuk mengetahui batas keupayaan yang anda boleh usahakan dan tambah baik, dan yang boleh dibiarkan. Ia membantu anda untuk memberi fokus pada apa yang penting dan yang boleh dicapai, mengikat anda terhadap kemungkinan yang anda boleh capai, daripada membuang masa membuat sesuatu yang bukan untuk diri anda.
4. Kerjakannya
Jika anda kenal Elon Musk, anda akan tahu dia adalah ketua Tesla dan SpaceX. Kejayaan selalunya nampak begitu glamor di garis penamat. Tetapi jika anda lihat bagaimana dia bermula dan susah payah yang dihadapinya sepanjang perjalanan, anda akan sedar bahawa sebarang apa yang anda ingin capai memerlukan kerja keras, komitmen dan sikap jangan menyerah kalah.
5. Jangan berhenti belajar
Sifat ini membezakan dan mendefiniskan mereka yang berada di tangga kejayaan. Sama ada anda membaca lima buah buku setiap bulan, belajar bahasa baharu, mendengar podcast setiap hari, mengadakan perbincangan bermakna, mengikuti hal ehwal dunia, atau mengikuti trend budaya pop, pembelajaran berterusan amat perlu untuk membantu kita kekal tajam fikiran. Seseorang pemikir kritikal yang ada sifat ingin tahu akan berupaya menyelesaikan sesuatu masalah sebelum kebanyakan orang lain sedar masalah itu wujud.