CALL US: 019-427 8189
CALL US: 019-427 8189

Terma & Syarat

Berikut merupakan terma dan syarat yang di tetapkan oleh Khairol Photography di dalam urusan perkhidmatan fotografi perkahwinan :

1. UMUM

Pelanggan Muslim diwajibkan menutup aurat semasa Majlis / Sesi Bergambar dijalankan. Rakaman sesi persiapan/solekan hanya akan dilakukan selepas pelanggan siap berpakaian lengkap menutup aurat.

2. HARGA DAN KANDUNGAN PAKEJ

Harga dan kandungan akhir sesuatu pakej adalah berdasarkan perbincangan antara Khairol Photography dan pelanggan. Harga adalah tetap selepas persetujuan dicapai.

3. TEMPAHAN

Sila hubungi kami untuk urusan tempahan. Tempahan sah hanya setelah pihak kami menerima Deposit minimum RM200 atau 20% daripada harga pakej yang dipersetujui oleh kedua belah pihak (Khairol Photography & pelanggan). Tarikh yang telah ditempah hanya boleh ditukar sekiranya terdapat kekosongan di pihak Khairol Photography.

4. STRUKTUR BAYARAN

Minimum RM200 (Booking fee) atau 20% daripada jumlah keseluruhan pakej. Bagi Pakej Delima (Ruby) dan Delima (Sapphire), bayaran 50% hendaklah dijelaskan setelah selesai majlis terakhir dan baki seterusnys (30%) setelah mendapat semua barang yang dijanjikan. Untuk sticky album, baki hendaklah dijelaskan setelah mendapat kesemua barang yang dijanjikan.

5. JURUGAMBAR BERTUGAS

Jurugambar utama akan mengambil gambar untuk pelanggan yang pertama membuat tempahan pada tarikh tertentu. “first come first serve” walaubagaimanapun Khairol Photography berhak menghantar mana-mana jurugambar yang lain untuk bertugas. Jurugambar bertugas hanya akan menjalankan tugas mengikut jangkamasa yang telah dipersetujui antara Khairol Photography dan pelanggan. 

6. GAMBAR DAN HAKCIPTA

Kesemua gambar adalah menjadi hak milik Khairol Photography. Khairol Photography berhak menggunakan gambar pelanggan untuk tujuan pengiklanan, perniagaan atau apa-apa tujuan promosi berkaitan tanpa mendapat persetujuan pelanggan terlebih dahulu dengan mengambil kira faktor-faktor yang difikirkan sesuai.

7. REKABENTUK ALBUM

Reka bentuk album 100% akan dilakukan oleh pihak kami. Boleh lihat contoh-contoh custom album atau contoh sticky album di dalam laman web ini.

8. TEMPOH MENUNGGU DAN PENGHANTARAN ALBUM

Tempoh standard menunggu album adalah antara 30 - 45 Hari Berkerja daripada tarikh majlis yang terakhir. Penghantaran melalui perkhidmatan Kurier atau Pos Laju bergantung pada kadar semasa dan kos penghantaran dan pembungkusan akan ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan. Penghantaran terus kepada pelanggan adalah mengikut persetujuan daripada Khairol Photography.

9. KEPERCAYAAN BERSAMA

Khairol Photography dan pelanggan mengakui bahawa ianya adalah mustahil bagi memperuntukkan terhadap setiap perkara yang mungkin berlaku di luar jangkaan seperti kemalangan, kematian, kerosakan kenderaan, bencana alam, kecurian dan sebagainya sebelum, semasa dan selepas majlis dan dalam semasa perlaksaan khidmat dan produk yang telah dijanjikan. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, Khairol Photography  dan pelanggan hendaklah berunding secara jujur hati dan menggunakan segala keupayaan mereka untuk mencapai persetujuan bersama mengenai apa-apa tindakan yang perlu dan saksama dalam menghapuskan sebab atau sebab-sebab keadaan tersebut.

About Us

Saya Khairol Ishak adalah merupakan  Jurugambar Bebas dan mempunyai minat mendalam di dalam grafik dan  fotografi bermula sejak  belajar di Institusi Pengajian Awan dahulu. Saya memulakan kerjaya sebagai Jurugambar bermula pada tahun 2009.  Bagi mendalami ilmu fotografi, saya telah menghadiri beberapa bengkel fotografi yang dikendalikan oleh nama-nama besar di dalam bidang fotografi. Antaranya adalah Sifu Arbanji, Sifu Rizalis, Sifu Yaman, Sifu Ikram dan Sifu EddiePutera.

Semua proses editing gambar dilakukan oleh kami sendiri.   Kami mempunyai kemahiran editing selama 3 tahun. Selain daripada gambar kahwin, pelbagai rekabentuk album telah  kami hasilkan .

Terima Kasih kepada semua insan yang banyak membantu saya iaitu Ibu tercinta & isteri serta keluarga. Terima Kasih juga Kami Ucapkan kepada semua pelanggan yang memberi komitmen yang begitu baik sekali semasa pengambaran fotografi di jalankan.

Jika anda perminat dengan hasil kerja kami.. silalah hubungi kami untuk perkhidmatan fotografi perkahwinan. Kepuasan anda adalah keutamaan kami.

Khairol Photography



s5 logo

Our Address:

Bandar Darulaman
06000 Jitra, Kedah

Contact Us

drkhairol@gmail.com

Stay Updated:

S5 Box

Register

You need to enable user registration from User Manager/Options in the backend of Joomla before this module will activate.